السلام عليكم

Tuesday 28 April 2009

Mane tanda Malaysia negara Islam!

Kebelakangan ini,Berlaku lagi isu yang dianggap sensitif berkait isu agama.
Merujuk kepada laporan akhbar tempatan, keputusan kabinet Menteri memutuskan bahawa setiap ibu bapa yang menukar agamanya ke agama lain, anak-anak mereka yang dibawah umur tidak akan bertukar secara automatik, malah mereka akan kekal dalam agama asal sehinggalah mereka dewasa dan membuat keputusan sendiri selepas itu.

Secara ringkasnya majoriti mazhab berpandangan anak akan menjadi Islam secara automatik sama ada ayah atau ibunya menganuti Islam. Manakala mazhab Maliki pula hanya meletakkan kemasukkan Islam secara automatik itu hanya berlaku jika si ayah yang menganuti Islam. Justeru itu, menurut pandangan keempat-empat mazhab, kes yang berlaku di Malaysia ini, anak turut automatik menjadi Islam.

Jd Amat wajarlah untuk pihak berkuasa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum melakukan sebarang kenyataan umum berkait isu Islam.

Namun masalah yang paling ketara jika dirujuk ke Majlis Fatwa adalah tidak pasti bilakah mereka mampu memberi respond dan jawapan.

Apakah di masa akn dtg kabinet menepis segala isu2 yg berkaitankan dgn agama.
sm2 fikirkan demi utk menjaga agama.
al islam ya`lu wala yu`la aliah... Wallahu'alam.

Tirai Pembuka



semoga pengunjung blog ini mendapat manfaat dan merapatkan ukhuwwah..