السلام عليكم

Thursday 14 May 2009

GINILAH OGHE KITO

Sudah sekian lama, kita melihat masjid-masjid dan surau-surau di Malaysia khususnya mengadakan majlis bacaan Surah Yasin pada malam jumaat.

Daripada Ma`qil bin Yasar bahawa Nabi SAW bersabda bermaksud:
Hati al Quran ialah surah Yasin, tidaklah seseorang itu membacanya semata demi mengharapkan keredhaan Allah dan hari akhirat melainkan diampunkan oleh Allah segala dosanya. Bacakanlah surah Yasin kepada orang yang mati di kalangan kamu.(Riwayat Abu Dawud, Ahmad&AnNasai)

Baru-baru ini, Imam 1 Masjid Chalok Kedai, Haji Jusoh b. Abd Rahman mengesyorkan ditambah satu surah lagi iaitu surah Al Kahfi. Pada permulaannya, jemaah masjid nampak kurang memberi respon untuk membaca surah tersebut. Pada pengamatan saya, mungkin ramai yang kurang mahir membaca al Quran (loghat trg-tidak ngenal). Setelah berlalu tiga kali jumaat,akhirnya minggu lepas dimulakan juga,hanya dibaca setakat ayat 31.

Disebut dalam Fiqh Manhaji ala Mazhab Syafie antara adab-adab berhari Jumaat ialah sunat membaca surah al kahfi pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Daripada Abi Said Al Khduri Rodiyallah anhu, bahawasanya Nabi SAW bersabda : Sesiapa membaca surah alkahfi pada hari Jumaat diterangi untuknya cahaya di antara dua jumaat.( Riwayat AnNasai.

Malam semalam diteruskan lagi bacaan Surah Yasin dan Surah al Kahfi sehingga ayat50.
Begitulah sedikit sebanyak keadaan masyarakat Islam melayu.
Sebenarnya kita masih jauh lagi dengan amalan-amalan penginggalan salafussoleh, apatah lagi dari praktikal yang lain. Semoga kita semua mempunyai cita-cita dan azam untuk sama-sama memartabatkan al quran. Bukan Hanya sekadar bacaan amalan harian, bahkan ia sebagai rujukan utama umat Islam.

Kalau kita mampu membaca surat khabar di pagi hari, apa salah kita mulakan pagi hari dengan membaca surah-surah tertentu ataupun sehelai dua muka surat dari al quran.
Lama kelaman ia menjadi amalan kita, seterusnya dapat dikhatamkan 30 juzuk alquran dlm masa 3 hari, seminggu skali ataupun pada bila2 masa.
Masing-masing perlu tepuk dada tanya hati, berapa kali sudah kita khatamkan alquran dalam hidup kita! Sedangkan cat steven sebelum masuk Islam, dia sudah khatam memmbaca terjemahan alquran. Dimana relevan kita umat islam, sudah kah kita memahami betul-betul isi kandungan alquran. Masihkah kita hari ini sentiasa kekal bersama majlis2 ilmu!
Begitulah mukjizat quran yang kekal hingga ke hari ini, orang bukan islam aktif mengkaji,tetapi umat islam masih di lamun mimpi di ulik anasir daripada pihak kuffar..

Siapa Wali Allah

Siapakah yang dimaksudkan dengan WaliulLah atau Tok Wali?

Soalan
Dato', selalu kedengaran orang menyebut perkataan waliullah, tok wali ataupun orang tertentu yang digelar wali Allah. Siapakah mereka itu sebenarnya, dan apakah di zaman kita ini ada wali-wali Allah yang disebutkan?
ABU HUZAIFAH
Kuala Lumpur

Jawapan –Dato` DR Harun Din

Wali adalah perkataan mufrat ataupun singular, kata prural atau jamaknya adalah auliya'. Makna asal perkataan ini ada berbagai-bagai, di antaranya bermakna 'amat hampir'. Wali Allah maknanya orang yang benar-benar hampir dengan Allah SWT. Orang ini ialah insan yang amat memahami dan mentaati perintah Allah dalam semua keadaan dan menjauhi larangan Allah dalam semua hal. Istilah wali berlawanan dengan istilah 'adaawah' yang beerti bermusuh.

Orang yang hampir kepada Allah dipanggil wali, orang yang bermusuh dengan Allah digelar 'aduu. Musuh Allah ialah orang yang melawan hukum, perintah dan menderhakai Allah sedangkan wali adalah orang yang paling taat kepada Allah. Waliullah memang wujud dari dahulu hingga sekarang. Al-Quranul Karim, menyebut (mafhumnya):
"Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan ke atas mereka dan tidak pula mereka itu berdukacita.

"Wali-wali Allah itu (adalah) orang yang sungguh-sungguh beriman kepada Allah dan mereka bertaqwa kepada Allah SWT. (Surah Yunus, ayat 62 dan 63 ).
Dalam tafsir yang muktabar seperi Tafsir al-Qurtubi dan Tafsir al-Maraaghi, ketika menghuraikan ayat ini menyebut bahawa wali-wali Allah adalah orang-orang yang ikhlas mematuhi perintah Allah dan berserah diri kepadanya, tanpa mensyirikkannya tanpa sesuatu apapun. Mereka mengasihi-Nya dengan sebenar-benar kasih dan mentaati-Nya dengan sepenuh ketaatan. Ali bin Abi Talib (karammallahu wajhah), bersabit dengan ayat di atas menyebutkan, "Wali-wali Allah adalah orang yang kelihatan pucat-pucat muka mereka kerana banyak beribadat, mata-mata mereka kuyu dan layu kerana banyak berjaga malam untuk beribadah, perut-perut mereka cerut dan kempis kerana banyak berpuasa dan kurang makan." Itulah gambaran waliullah oleh Ali.

Merujuk kepada ayat ini, Umar bin al-Khattab (r.a) pernah berkata, "Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, 'ada di antara manusia, adalah menjadi hamba-hamba-Nya yang sebenar. Mereka bukan para Nabi dan bukan juga para Syuhada, tetapi amat disegani oleh para Nabi dan Syuhada di hari Kiamat kerana makam mereka amat istimewa disisi Allah pada hari tersebut.

"Lalu ditanya kepada Rasulullah s.a.w siapakah mereka dan apa amalan mereka, semoga kami boleh mencontohi dan mengasihi mereka, lalu Rasulullah bersabda, 'mereka adalah kaum yang berkasih sayang kerana Allah, tanpa ada hubungan darah dan harta benda yang mengikat mereka, muka mereka bercahaya indah dalam kilauan cahaya dalam cahaya, mereka tidak takut ketika sekelian insan takut dengan azab Allah, mereka tidak berdukacita ketika insan sekelian berdukacita kerana takut kemurkaan Allah SWT." Lalu Nabi membaca dua-dua ayat dari Surah Yunus tadi. Itulah gambaran waliullah yang disebut banyak kali oleh al-Quran. Dalam hadis yang sahih, Nabi pernah menyebut perkataan wali dengan jelas yang mafhumnya, "Barangsiapa yang memusuhi wali-wali aku, maka sesungguhnya dia mengisytiharkan perang dengan aku dan aku benarkan wali aku memerangi mereka. (Hadis Qudsi).

Waliullah, disemuapakati oleh ilmuan Islam yang terbilang, terdiri dari para Rasul (tanpa khilaf), kerana merekalah yang paling hampir kepada Allah, paling cinta dan mematuhi perintah Allah. Wailullah adalah orang yang makam mereka amat tinggi disisi Allah. Mereka disebut sebagai muqarrabuun.
Firman Allah (mafhumnya), " Dan orang-orang paling dahulu beriman, mereka yang paling dahulu masuk syurga. Mereka itulah yang paling tinggi makamnya (disisi Allah). Mereka di tempatkan di syurga-syurga yang penuh dengan kenikmatan. Dahulunya berbondong-bondong begitu ramah. Dan yang mutakhir ini amat berkurangan."
(Surah al-Waqiah ayat 10-14).
Maksud muqarrabuun adalah orang-orang yang berlumba-lumba melakukan kebaikan di atas perintah Allah SWT, mereka itulah auliya Allah. Mereka wujud dari dahulu hingga sekarang. Dahulunya ramai,. sekarang ini amat berkurangan.
Apa yang penting, waliullah adalah orang yang amat istimewa disisi Allah SWT.

Tuesday 12 May 2009

TALI BENANG

Pernahkah anda melihat kanak2 yg memakai tali benang di leher atau di pergelangan tangan,
ditanya apakah tujuannya, dikatakan oleh orang awam utk dijadikan ubat. Dlm ms yg sama pernahkah kita terfikir apakah hukumnya di sisi ulama mu`tabar.
Di sini disertakan pandangan Dato` Haron Din meneganai hal tersebut, semoga sedikit sebanyak hal sepeti ini dapat dibasmi kerana ianya berkaitan dengan akidah islam :

Soalan
MENJADI kebiasaan atau kelaziman di kampung saya, apabila terdapat kanak-kanak menghadapi masalah kesihatan khususnya yang kerap menangis lebih daripada biasa, dibawa kepada perawat, lalu tangannya diikat dengan benang hitam atau benang berwarna lain, dengan pelbagai warna sebagai ikhtiar untuk perlindungan daripada pelbagai gangguan. Apakah rawatan dan amalan seperti ini diharuskan oleh syarak?
SHAMSIAH ABU BAKAR
Jerantut
Jawapan
Saya sendiri pernah melihat perbuatan seperti itu dan sudah banyak kali kanak-kanak yang pada tangannya dipakaikan benang dibawa kepada saya untuk dirawat, Saya dengan bahasa yang penuh diplomasi meminta supaya benang hitam atau sebagainya termasuk tangkal, hendaklah dibuang dahulu sebelum saya mengikhtiarkan rawatan.
Amalan dan kelaziman yang disebut dalam soalan tadi, sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam. Banyak hadis yang memberi penjelasan, antaranya hadis yang bermaksud: “Uqbah Ibnu ‘Amir berkata, ‘Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, barang siapa yang menggantung tangkal (Damimah) maka Allah SWT tidak akan menyempurnakan hajatnya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wada’ah), maka Allah tidak akan menenteramkannya.’”
Jelas daripada hadis ini Nabi s.a.w. melarang sebarang penggunaan tangkal. Tangkal dirujuk kepada benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan, untuk tujuan mendapat faedah yang diharamkan kepada orang yang memakainya.
Dalam hadis lain (mahfumnya ): Rasulullah s.a.w. telah lihat ada satu lilitan seperti gelang (halaqah) yang dipakai di tangan seorang lelaki, lalu baginda bertanya lelaki itu, ‘Apakah yang kamu pakai ini? “Lelaki itu menjawab, “Aku jadikannya sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada sebarang kelemahan.”
“Lalu baginda bersabda kepadanya, ‘Sesungguhnya benda-benda seperti ini, tidak akan menambahkan kepada mu melainkan kelemahan jua, buanglah ia kerana sesungguhnya, sekiranya kamu mati dalam keadaan memakai benda seperti ini, kamu akan diserahkan kepada benda itu.” (Hadis riwayat ‘Imran bin Hussain dan Imam Ahmad Ibni Hambal).
Dalam hadis lain (mafhumnya): “Dan Abu Bashir al-Ansari meriwayatkan, pada suatu ketika beliau telah bersama dengan Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan dengan menunggang unta, maka baginda melihat ada unta-unta yang dipakaikan tangkal kepada unta tersebut.
“Lalu baginda memerintahkan kepada kami, agar apa sahaja rantai, kalungan (qilaadah) yang terdapat pada mana-mana unta hendaklah dipotong dan dibuang.” (Hadis riwayat aI-Bukhari dan Muslim).
Sebab utama mengapa Nabi s.a.w. memerintah dilakukan demikian, sebab utamanya seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Jauzi iaitu, orang-orang Arab mempercayai bahawa dengan memakai tangkal pada unta, akan selamat daripada gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada syirik, samalah dengan persoalan yang dikemukakan tadi.
Ingatlah bahawa dengan mengikat benang hitam pada lengan kanak-kanak, atau membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna dipakai di leher atau di pinggang kanak-kanak atau orang tua-tua, atas kepercayaan ia boleh memberi manfaat kepada manusia, kesemuanya dilarang.
Terdapat dalam hadis lain Nabi saw. menyebut (mafhumnya): “Sesiapa yang mengikat simpulan benang lalu meniup kepada benang itu dan dipakai, maka dia telah syirik kepada Allah SWT.”
Oleh yang demikian maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu.
Waalahu a’lam.

Sunday 10 May 2009

Lima Belas Maksiat Yang Mengundang Bala

Maksud hadis :
"Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda:
"Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami yang menuruti kehendak isteri.
5. Anak derhaka kepada ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." H.R. Tarmizi.
www.iluvislam.com
Dipetik daripada buku 40 hadis Peristiwa Akhir Zaman, Siri Pertama, susunan : Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi.

Saturday 2 May 2009

BEZA ANTARA KITA DENGAN PARA SAHABAT NABI

PARA SAHABAT MEMPELAJARI IMAN SEBELUM AL-QURAN

Al-Tabarani meriwayatkan dalam al-Mukjam al-Awsat dari Ibn Umar r.a bahawa beliau berkata :
Aku pernah hidup pada zaman sebelum ini bahawa seseorang di kalangan kami dikurniakan keimanan sebelum al-Quran.Turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad saw lalu dipelajari halal dan haramnya dan apa yang perlu diberhenti mengkajinya dari hukum-hukum sebagaimana kamu belajar tentang al-Quran itu.Kemudian selepas itu aku memerhatikan lahir di kalangan umat ini golongan yang dikurniakan al-Quran sebelum iman lantas dia membacanya dari al-Fatihah hingga ke penutupnya dia tidak mengetahui suruhannya dan larangannya dan apa yang perlu diperhatikan olehnya dalam ayat-ayat itu, menaburkannya sebagaimana menabur buah kurma yang sudah rosak .

PENGAJARAN :
1. Kita sepatutnya mencontohi generasi sahabat yang begitu mengambil berat tentang keimanan mereka kepada Allah.
2. Manusia yang hidup pada zaman ini kebanyakannya membaca al-Quran tanpa kefahaman .
3. Peranan muslim adalah mengkaji al-Quran dengan berpandukan sumber-sumber yang sahih menerusi pelajaran yang disampaikan oleh orang berilmu yang benar .

Siapa Imam Bukhari

Tokoh Islam penghimpun dan penyusun hadith itu banyak, Urutan yang paling terkenal diantara enam tokoh hadis ,amirulMu'minin fil-Hadith (pemimpin orang mukmin dalam hadith), suatu gelar ahli hadith tertinggi. Nama lengkapnya adalah Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah. Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail, terkenal kemudian sebagai Imam Bukhari, lahir di Bukhara pada 13 Syawal 194 H (21 Juli 810 M), cucu seorang Persia bernama Bardizbah. Kakeknya, Bardizbah, adalah pemeluk Majusi, agama kaumnya. Kemudian putranya, al-Mughirah, memeluk Islam di bawah bimbingan al-Yaman al Ja'fi, gubernur Bukhara. Pada masa itu Wala dinisbahkan kepadanya. Kerana itulah ia dikatakan "al-Mughirah al-Jafi." Mengenai kakeknya, Ibrahim, tidak terdapat data yang menjelaskan. Sedangkan ayahnya, Ismail, seorang ulama besar ahli hadith. Ia belajar hadith dari Hammad ibn Zayd dan Imam Malik.

Riwayat hidupnya telah dipaparkan oleh Ibn Hibban dalam kitab As-Siqat, begitu juga putranya, Imam Bukhari, membuat biografinya dalam at-Tarikh al-Kabir. Ayah Bukhari disamping sebagai orang berilmu, ia juga sangat wara' (menghindari yang subhat/meragukan dan haram) dan taqwa. Diceritakan, bahawa ketika menjelang wafatnya, ia berkata: "Dalam harta yang kumiliki tidak terdapat sedikitpun wang yang haram maupun yang subhat." Dengan demikian, jelaslah bahawa Bukhari hidup dan terlahir dalam lingkungan keluarga yang berilmu, taat beragama dan wara'. Tidak hairan jika ia lahir dan mewarisi sifat-sifat mulia dari ayahnya itu. Ia dilahirkan di Bukhara setelah salat Jum'at. Tak lama setelah bayi yang baru lahr itu membuka matanya, iapun kehilangan penglihatannya. Ayahnya sangat bersedih hati. Ibunya yang saleh menagis dan selalu berdo'a ke hadapan Tuhan, memohon agar bayinya bisa melihat. Kemudian dalam tidurnya perempuan itu bermimpi didatangi Nabi Ibrahim yang berkata: "Wahai ibu, Allah telah menyembuhkan penyakit putramu dan kini ia sudah dapat melihat kembali, semua itu berkat do'amu yang tiada henti-hentinya." Ketika ia terbangun, penglihatan bayinya sudah normal.

Ayahnya meninggal di waktu dia masih kecil dan meninggalkan banyak harta yang memungkinkan ia hidup dalam pertumbuhan dan perkembangan yang baik. Dia dirawat dan dididik oleh ibunya dengan tekun dan penuh perhatian. Keunggulan dan kejeniusan Bukhari sudah nampak semenjak masih kecil. Allah menganugerahkan kepadanya hati yang cerdas, pikiran yang tajam dan daya hafalan yang sangat kuat, teristimewa dalam menghafal hadith. Ketika berusia 10 tahun, ia sudah banyak menghafal hadith. Pada usia 16 tahun ia bersama ibu dan abang sulungnya mengunjungi berbagai kota suci. Kemudian ia banyak menemui para ulama dan tokoh-tokoh negerinya untuk memperoleh dan belajar hadith, bertukar pikiran dan berdiskusi dengan mereka. Dalam usia 16 tahun, ia sudah hafal kitab sunan Ibn Mubarak dan Waki, juga mengetahui pendapat-pendapat ahli ra'yi (penganut faham rasional), dasar-dasar dan mazhabnya. Rasyid ibn Ismail, abangnya yang tertua menuturkan, pernah Bukhari muda dan beberpa murid lainnya mengikuti kuliah dan ceramah cendekiawan Balkh. Tidak seperti murid lainnya, Bukhari tidak pernah membuat catatan kuliah. Ia dicela membuang waktu dengan percuma kerana tidak mencatat. Bukhari diam tidak menjawab. Pada suatu hari, kerana merasa kesal terhadap celaan yang terus-menerus itu, Bukhari meminta kawan-kawannya membawa catatan mereka. Tercenganglah mereka semua kerana Bukhari ternyata hapal di luar kepala 15.000 haddits, lengkap terinci dengan keterangan yang tidak sempat mereka catat.