السلام عليكم

Thursday 14 May 2009

GINILAH OGHE KITO

Sudah sekian lama, kita melihat masjid-masjid dan surau-surau di Malaysia khususnya mengadakan majlis bacaan Surah Yasin pada malam jumaat.

Daripada Ma`qil bin Yasar bahawa Nabi SAW bersabda bermaksud:
Hati al Quran ialah surah Yasin, tidaklah seseorang itu membacanya semata demi mengharapkan keredhaan Allah dan hari akhirat melainkan diampunkan oleh Allah segala dosanya. Bacakanlah surah Yasin kepada orang yang mati di kalangan kamu.(Riwayat Abu Dawud, Ahmad&AnNasai)

Baru-baru ini, Imam 1 Masjid Chalok Kedai, Haji Jusoh b. Abd Rahman mengesyorkan ditambah satu surah lagi iaitu surah Al Kahfi. Pada permulaannya, jemaah masjid nampak kurang memberi respon untuk membaca surah tersebut. Pada pengamatan saya, mungkin ramai yang kurang mahir membaca al Quran (loghat trg-tidak ngenal). Setelah berlalu tiga kali jumaat,akhirnya minggu lepas dimulakan juga,hanya dibaca setakat ayat 31.

Disebut dalam Fiqh Manhaji ala Mazhab Syafie antara adab-adab berhari Jumaat ialah sunat membaca surah al kahfi pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Daripada Abi Said Al Khduri Rodiyallah anhu, bahawasanya Nabi SAW bersabda : Sesiapa membaca surah alkahfi pada hari Jumaat diterangi untuknya cahaya di antara dua jumaat.( Riwayat AnNasai.

Malam semalam diteruskan lagi bacaan Surah Yasin dan Surah al Kahfi sehingga ayat50.
Begitulah sedikit sebanyak keadaan masyarakat Islam melayu.
Sebenarnya kita masih jauh lagi dengan amalan-amalan penginggalan salafussoleh, apatah lagi dari praktikal yang lain. Semoga kita semua mempunyai cita-cita dan azam untuk sama-sama memartabatkan al quran. Bukan Hanya sekadar bacaan amalan harian, bahkan ia sebagai rujukan utama umat Islam.

Kalau kita mampu membaca surat khabar di pagi hari, apa salah kita mulakan pagi hari dengan membaca surah-surah tertentu ataupun sehelai dua muka surat dari al quran.
Lama kelaman ia menjadi amalan kita, seterusnya dapat dikhatamkan 30 juzuk alquran dlm masa 3 hari, seminggu skali ataupun pada bila2 masa.
Masing-masing perlu tepuk dada tanya hati, berapa kali sudah kita khatamkan alquran dalam hidup kita! Sedangkan cat steven sebelum masuk Islam, dia sudah khatam memmbaca terjemahan alquran. Dimana relevan kita umat islam, sudah kah kita memahami betul-betul isi kandungan alquran. Masihkah kita hari ini sentiasa kekal bersama majlis2 ilmu!
Begitulah mukjizat quran yang kekal hingga ke hari ini, orang bukan islam aktif mengkaji,tetapi umat islam masih di lamun mimpi di ulik anasir daripada pihak kuffar..

1 comment:

  1. Salam...comey blog demo ning..kawe x reti nk komen gapo..kiro complete doh siap ado gamba2 ulama'..gamba Tok Najib xsir letok ko?

    ReplyDelete