السلام عليكم

Wednesday 24 June 2009

Puteri Putera



Inilah putera puteri kami.
Kak long diberi nama Nurmumtazah, 2 thn 4 bln.
Yang merangkak tu,nk g mane dik Muadz,7bln lbh..
Semoga menjadi insan berguna, qurratu a`yun dunia dan akhirat..
aamin

Monday 22 June 2009

Muslim Ibarat Pokok Kurma


61. Qutaibah telah menyampaikan kepada kami apa yang telah disampaikan kepada mereka oleh Ismail ibnu Ja`far telah menyampaikan kepada kami daripada Abdullah ibnu Dinar daripada Umar katanya Rasulullah SAW telah bersabda :

SESUNGGUHNYA DI ANTARA POHON-POHON ADA SATU POHON YANG TIDAK PERNAH GUGUR DAUNNYA, SESUNGGUHNYA IA MERUPAKAN SEUMAPAMA SEORANG MUSLIM, CUBALAH KAMU SEMUA CERITAKAN KEPADAKU, APA DIA ! JUSTERU ITU- ORANG RAMAI TELAH MENYANGKA (MENEKA `FIKIRANNYA`), POHON ITU IALAH SATU POHON PENDALAMAN(WADI), LALU ABDULLAH BERKATA : TERBAYANG DI DALAM INGATANKU BAHAWA ITULAH POHON KURMA, TETAPI AKU TERASA MALU UNTUK BERCAKAP (MENJAWAB), KEMUDIAN MEREKA BERKATA KEPADA RASULULLAH : CERITAKAN KEPADA KAMI WAHAI RASULULLAH, APA DIA ? LANTAS NABI MENJAWAB: ITULAH DIA POHON KURMA ( annakhlah)

Friday 19 June 2009

10 TOKOH SARJANA ISLAM

HAYATI PERJUANGAN 10 TOKOH SARJANA ISLAM

MUNGKIN tiada kaitan antara tragedi pembunuhan 11 jemaah yang sedang bersolat Isyak termasuk imam yang mati ditembak oleh sekumpulan lelaki di Masjid Al Furqan, Kampung Air Tempayan di daerah Cho-ai-rong, Narathiwat, selatan Thailand baru-baru ini, dengan buku yang menjadi ulasan pada minggu ini.

Tetapi apa yang boleh kita katakan adalah kesedihan (atau lebih tepat kekecewaan yang teramat sangat)!
Di kala kita begitu merindui akibat kehilangan ulama-ulama Islam yang berpengaruh ini, luka yang sedia ada bertambah pedih dengan siri pembunuhan terhadap umat Islam di merata ceruk dunia.

Malah sehinggakan untuk umat Islam bebas beribadat di rumah ibadat kita sendiri pun, mereka diserang tanpa dapat mempertahankan diri langsung!

Sedangkan sebagaimana yang memetik kata-kata ulama terkemuka Syria, Mustafa al Syibai'y diambil dari buku ini, beliau berkata; "Prinsip-prinsip peradaban Islam mengharamkan peperangan, tidak boleh menyerang, merampas harta benda dan menghina kehormatan sesuatu bangsa."

Beliau mengambil contoh wasiat sahabat besar Rasulullah, khalifah Islam Saidina Abu Bakar kepada para tentera Islam yang berbunyi;
"Jangan menyeksa, jangan membunuh anak-anak kecil, warga tua dan kaum wanita. Jangan menyembelih kambing, lembu ataupun unta kecuali untuk dimakan. Kamu akan melalui orang yang sedang bertapa di kuil-kuil maka biarkanlah mereka dengan apa yang mereka lakukan."

Jadi nampakkah kita perbezaan yang cukup besar apabila prinsip Islam sama ada dalam zon peperangan atau tidak, yang tidak akan menganggu mereka yang sedang bertapa (beribadat) di kuil-kuil tetapi dengan kejadian yang begitu tragis berlaku di Masjid Al Furqan itu?

Apabila berlaku pelbagai penindasan terhadap umat Islam sebegini, di saat-saat inilah menyebabkan kita begitu merasakan kehilangan para ulama.
Tidak bermakna andai mereka masih hidup, maka bermakna kejadian-kejadian seperti ini tidak akan berlaku.

Malah sewajarnya apabila mereka sudah tiada di muka bumi ini, maka kita yang masih hidup ini perlu mengingati dan mengambil pengajaran dari segala apa yang telah diperjuangkan oleh ulama-ulama berkenaan semasa hayat mereka.

Penulis buku ini yang kini pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) benar-benar melakukan apa yang disifatkan sebagai tanggungjawab fardu kifayah apabila dalam ruangan dan halaman yang cukup terhad. mampu membawakan kepada kita untuk menghayati perjuangan 10 tokoh sarjana Islam yang terbilang ini.

Tokoh-tokoh yang dimuatkan dalam buku ini terdiri daripada:

1) Tokoh Kebangkitan Syria (wakil Ikhwan di Syria) - Mustafa Al Syiba'iy (1915-1964)

2) Ulama Reformis dan Ahli Falsafah, Mesir - Dr. Yusuf Musa (1899-1963)

3) Tokoh Pembaharuan Universiti Al Azhar, Mesir - Mahmud Shaltut (1893-1963)

4) Pemikir Islam Unggul Mesir - Muhammad Imarah (1931-kini)

5) Pemikir Dakwah dan Pembela Islam - Muhammad Al Ghazali (1917-1996)

6) Ulama Rabbani India - Abu Hassan Ali Al Nadawi (1914 - 1999)

7) Imam Masjid Al Azhar - Sheikh Ismail Sodiq Al Adawi ( 1934 - 1998)

8) Tokoh Tafsir Mesir Abad ke21 - Sheikh Muhammad Al Mutawalli Al Sya'rawi (1911-1998)

9) Pakar Tafsir dan Fikah Terkenal Abad ini - Dr Wahbah Al Zuhayli (1932 - kini)

10) Tokoh Dakwah dan Pendidik Umat Islam Abad ke 21 - Dr. Yusuf al Qaradawi (1926 - kini).

Apabila kehilangan mereka umpamakan sahaja seperti seperti kata Imam Baihaqi; kematian seorang ulama umpama bintang yang hilang sirna di antara bintang-bintang dan matinya satu kabilah itu adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim.

Buku ini telah diulang cetak buat kali kedua, iaitu sebanyak hampir 10,000 naskhah dan telah habis terjual setelah mula diterbitkan pada tahun ini.
>Dipetik daripada bicara agama Utusan Online

Wednesday 17 June 2009

KITABUL ILMI

3. MEREKA YANG MENGANGKAT SUARANYA KERANA MENERANGKAN SESUATU ILMU PENGETAHUAN.

Telah menyampaikan kepada kami oleh Abu Nu`man `Arim Ibnu AlFadl katanya :
telah menyampaikan kepada Abu `Uwanah daripada Abu Bisyr daripada Yusuf Ibnu Mahak daripada Abdullah Ibnu `Amru katanya :
Nabi SAW telah terkemudian daripada kami dalam satu perjalanan yang telah kami jalaninya,
kemudian Baginda mendapatkan kami sedangkan kami hampir-hampir ketinggalan sembahyang dan kami sedang mengambil wudhuk
dan membasuh kaki kami,
lalu Baginda berseru dengan setinggi-tinggi suaranya ((celakalah kepada tumit-tumit yang tidak diratai wudhuk dari api neraka)) sebanyak dua kali atau tiga kali

Wednesday 3 June 2009

Pengembaraan Al Hafiz

Pengembaraan

Tahun 210 H, Bukhari berangkat menuju Baitullah untuk menunaikan ibadah haji, disertai ibu dan saudaranya, Ahmad. Saudaranya yang lebih tua ini kemudian pulang kembali ke Bukhara, sedang dia sendiri memilih Mekah sebagai tempat tinggalnya. Mekah merupakan salah satu pusat ilmu yang penting di Hijaz. Sewaktu-waktu ia pergi ke Madinah.
Di kedua tanah suci itulah ia menulis sebahagian karya-karyanya dan menyusun dasar-dasar kitab Al-Jami'as-Shahih dan pendahuluannya. Ia menulis Tarikh Kabir-nya di dekat makam Nabi s.a.w. dan banyak menulis pada waktu malam hari yang terang bulan. Sementara itu ketiga buku tarikhnya, As-Sagir, Al-Awsat dan Al-Kabir, muncul dari kemampuannya yang tinggi mengenai pengetahuan terhadap tokoh-tokoh dan kepandaiannya bemberikan kritik, sehingga ia pernah berkata bahawa sedikit sekali nama-nama yang disebutkan dalam tarikh yang tidak ia ketahui kisahnya.
Kemudian ia pun memulai studi perjalanan dunia Islam selama 16 tahun. Dalam perjalanannya ke berbagai negeri, hampir semua negeri Islam telah ia kunjungi sampai ke seluruh Asia Barat. Diceritakan bahawa ia pernah berkata: "Saya telah mengunjungi Syam, Mesir, dan Jazirah masing-masing dua kali, ke basrah empat kali, menetap di Hijaz (Mekah dan Madinah) selama enam tahun dan tak dapat dihitung lagi berapa kali saya mengunjungi Kufah dan Baghdad untuk menemui ulama-ulama ahli hadith."
Pada waktu itu, Baghdad adalah ibu kota negara yang merupakan gudang ilmu dan ulama. Di negeri itu, ia sering menemui Imam Ahmad bin Hambal dan tidak jarang ia mengajaknya untuk menetap di negeri tersebut dan mencelanya kerana menetap di negeri Khurasan. Dalam setiap perjalanannya yang melelahkan itu, Imam Bukhari senantiasa menghimpun hadith-hadith dan ilmu pengetahuan dan mencatatnya sekaligus.
Di tengah malam yang sunyi, ia bangun dari tidurnya, menyalakan lampu dan menulis setiap masalah yang terlintas di hatinya, setelah itu lampu di padamkan kembali. Perbutan ini ia lakukan hampir 20 kali setiap malamnya. Ia merawi hadith dari 80.000 perawi, dan berkat ingatannya yang memang super jenius, ia dapat menghapal hadith sebanyak itu lengkap dengan sumbernya.